Sifat tua berdada lapang, Memberi petua ke anak cucu; Adat dijaga lembaga dipegang, Negeri bertuah umat bersatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat tua berdada lapang, Duduk terpuji senonoh berdiri; Adat dijaga lembaga dipegang, Untuk menjadi suluh negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat tua berdada lapang, Elok budi sempurna sifat; Adat dijaga lembaga dipegang, Untuk menjadi pelita umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat tua berdada lapang, Jadi teladan yang muda; Adat dijaga lembaga dipegang, Jadi pedoman sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu berdada lapang, Sabar dan syukur jadi pegangan; Kuat Melayu tahukan hutang, Besar seukur dengan bayangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat laki sayang ke bini, Anak dibela berdada lapang; Adat berdiri tenang negeri, Tertolak bala muka belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat berlabuh pada yang tenang, Bila tak tenang perahu pecah; Adat mengasuh berdada lapang, Bila tak lapang tentu berbantah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun bayan bulunya cantik, Ke mana terbang dicari orang; Tanda beriman lakunya baik, Berdada lapang hati penyayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apa tanda baling tersumbat, Bila dituang isi tak tumpah; Apa tanda orang beradat, Berdada lapang hatinya rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata adat kata bersajak, Elok sanggam dibilang orang; Adat-adat ada tiangnya, Tiangnya iman berdada lapang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |