Yakin berdagang banyaklah laba, Untuk berlipat datang sendiri; Makin kukenang sesaklah dada, Burung dipikat dah terbang tinggi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walau berdagang rugi sedikit; Kami tertawa bergurau juga; Walau bintang tinggi di langit, Sehabis daya kujangkau juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Baik berdayung berdagang ayam, Di mana sampai dapat berhenti; Adik kusanjung siang dan malam, Daripada bercerai eloklah mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu menteri berdagang rotan, Sakitlah betis terkena duri; Pilulah hati memandang ternan, Duitnya habis nikah tak jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang cawan, Banyaklah budak berjaja piring; Pilulah hati memandang kawan, Anaknya banyak bini pun bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang delima, Anak buahnya berjaja gelang; Pilulah hati memandang panglima, Sejak menikah jalannya goyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang lemang, Banyak pembeli memakai pupur; Pilulah hati memandang lubalang, Sejak berbini misainya gugur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang mangkuk, Kerana terlapah semuanya pecah; Pilulah hati memandang datuk, Kepalalah sulah kerja bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang surat, Semua datuknya berniaga gelap; Pilulah hati memandang umat, Kerana mabuknya raja menyelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang tilam, Para datuknya membuat bantal; Pilulah hati memandang imam, Kerana nyanyuk ayat tertinggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |