Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.daun] | برداءون

Definisi : mempunyai daun, tumbuh (ber­cambah) daunnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.daun] | برداءون

Definisi : 1 ada daunnya: Pokok yg hampir mati itu tidak ~. 2 tumbuh (mengeluarkan) daun: Pokok kacangnya baru ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdaun

Puisi
 

Kalau berdaun lebat sangat,
     Kalau berdahan dapat dititi;
Kalau setahun lambat sangat,
     Kalau sebulan boleh dinanti.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau berdaun lebat sangat, Kalau berdahan dapat dititi; Kalau setahun lambat sangat, Kalau sebulan boleh dinanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah padi berdaun sebelah, Padi bertempat di bakul lima; Banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad jadi penghulunya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah padi berdaun sebelah, Pada bertempat di bakul lima; Banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad rasul utama.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejak betik berdaun rendang, Orang pun ingin bertanam jagung; Sejdik adik turun ke ladang, Abang pun rajin menggetah burung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cabang kayu berdaun lebat, Di mana lagi buah bergantung; Orang kurindu tak mahu dekat, Ke mana lagi membawa untung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Padi perak berdaun suasa, Buahnya mengurai emas merah; Sudah berbudi lagi berbahasa, Itulah tanda bistari bertuah.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Pucuk nanas berdaun buruk, Pucuk durian Kuala Melaka; Gunung emas jangan merajuk, Gunung intan pulang sahaja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Putik mengkudu sedang berdaun, Pucuknya habis dimakan kumbang; Adik menunggu sepanjang tahun, Duduk menangis dirundung malang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pokok hijau baru berdaun, Habis daunnya dipetik budak; Hujan tidak panas setahun, Cabang dan ranting bertunas jugak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang selasih pohonnya tinggi, Berdaun sehelai dimakan kuda; Wahai kekasih hamba pergi, Ada umur berjumpa juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas