Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.den.dam] | بردندم

Definisi : menaruh dendam: Karim me­mang sudah lama ~ hendak mem­binasa­kan Pak Sudin; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.den.dam] | بردندم

Definisi : menaruh dendam: Ia ~ terhadap Karim kerana Karim selalu mempermainkan adiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdendam

Peribahasa

304

Forgive and forget

Lupakan dendam lama atau perselisihan lalu, sebaliknya mulakan lembaran baru.

Buang yang keruh, ambil yang jernih

We are avoiding each other, and getting ourselves all worked up every time we stumble onto each other? Don't bear grudges, let forgive and forget .

Mengapakah kita mengelakkan diri antara satu sama lain, dan naik marah apabila bersua muka? Usahlah berdendam, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Sifat perahu berpantang karam, Bila karam binasalah sampan; Adat Melayu pantang berdendam, Bila berdendam binasalah iman.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu pantang berdendam, Orang pendendam hati berbulu; Jahatlah laku menentang Islam, Menentang Islam mati terpalu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kerana bayan bertambah garang, Banyaklah pungguk jadi berdendam; Kerana hutan dirambah orang, Banyaklah beruk tak tidur malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kapal Acheh terlenang-lenang, Sarat bermuat barang dagang; Masih berdendam kasih sayang, Jangan dicampur dengan kenangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana titi takkan terendam , Hujan lebat sebelah hulu; Bagaimana kami takkan berdendam, Tuan mendapat pasangan baru.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau sekali takiknya dalam, Kayu hidup dimakan api; Kalau sekali adik berdendam, Abang hidup serasa mati. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Perahu Arab berisi jadam, Kena badai rosak tiangnya; Dahulu akrab kini berdendam, Kerana bercerai talak tiga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau sudah mencuci kain, Jangan lagi lama direndam; Kalau sudah menjadi pemimpin, Jangan sekali suka berdendam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas