Berdentum-dentam banir durian, Disepak pergi siburung kurau; Kalau untung badan berjadian, Kalau tidak menjadi gurau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Berdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Berdentum bedil Melayu, Nak tembak talam tembaga; Datuk Bandar bukalah pintu, Anak dagang nak masuk berniaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Berdentum guruh di papan, Kilat sampai atas batu; Apa masalah dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Berdentum banai berlian, Buat mari perumbung saji; Kalau tak ada petemu tuan, Jangan dicari disakit hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Berdentum tabuh di Rian, Minta tabuh lagi; Kalau untung di hari kemudian, Boleh berbalik sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak raja turun menembak, Bunyi berdentum patah pedati; Tenggelam timbul dilambung ombak, Kalau tak karam balik ke tepi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hujan lebat selalu bah, Bunyi berdentum tali temali; Hendak balik serba salah, Baik kulangsung sama sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Anak beruk berebut kuntum, Ditampar musang lari meraung; Awak gemuk ketum berdentum, Gemparlah orang seisi kampung.. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |