Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berderai, berderai-derai

Puisi
 

Jika hujan berderai-derai,
     Turun monyet naik lembiding;
Tiga hari lama bercerai,
     Sobok-sobokkan sebelah dinding.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai ayam si tombong,
     kokok berderai-derai,
ekor bergelimang tahi.

Bermaksud :

Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan. tombong = sombong.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Hujan panas berderai-derai, Derai mula dari hulu; Di sini kita bercerai, Di akhirat kita bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jika hujan berderai-derai, Turun monyet naik lembiding; Tiga hari lama bercerai, Sobok-sobokkan sebelah dinding.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Burung pipit burung serindit, Terbang ke awan berderai-derai; Apa nak sesal padanya nasib, Nyawa di badan lagikan bercerai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pohon senduduk pohon serai, Pohon senduduk buat pedati; Dengar kokok berderai-derai, Melihat ekor bergelumang tahi.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Wak-wak di pucuk pumpung, Mengirai-ngirai bulu dadanya; Sudah juak di pintu kampung, Berderai-derai air matanya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan

Kembali ke atas