| Sayang berderak pandai berguru, Sayang selasih terbuang layu; Mujur saya baru berguru, Kalau tidak terbuang lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Waktu duduk lantai berderak, Hendak tegak seluar sangkut; Malulah datuk ditertawa budak, Awak membentak keluar kentut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Jika dayung tidak kuat, Sekali rengkuh patah berderak; Jika kampung tidak beradat, Negeri rusuh umat berserak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Tebu liat si tebu lanjut, Di kilang dipanas mentari; Jatuh berderak tangga anjung, Kerana abang pulang dinihari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Cik Ali menembak berdetus, Bunyi sampai tepi madrasah; Nampak genting tidak putus, Dengar berderak tidak patah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Anak beruk duduk menjerat, Kepala tunduk mengintai cicak; Awak gemuk masuk ke helat, Di mana duduk lantai berderak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |