Banyaklah orang merasa lapar, Kerana tidak tahu memasak; Banyaklah orang berdosa besar, Kerana melawan ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah orang merasa lapar, Kerana tidak tahu memasaknya; Banyaklah orang berdosa besar, Kerana melawan ibu dan bapaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Memukul itik di tepi kota, Mari dikayuh sampan pengail; Imam khatib lagi berdosa, Bertambah lagi kita yang jahil. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Yakin beramai beringat-ingat, Kalau merempai datang sengketa; Kain dipakai berhemat-hemat, Kalau terburai orang berdosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kota ini kota di tanah, Mati kijang ditanduk rusa; Zaman ini zaman fitnah, Mati muda tiada berdosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gemai ini gemai Cik Munah, Dalam berisi lada muda; Zaman ini zaman si tuah, Kalau mati pun tidak berdosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |