Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.dua] | بردوا ب

Definisi : bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.dua] | بردوا ب

Definisi : bersama-sama dua orang; (seorang) bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdua

Puisi
 

Berdua-dua berjalan malam,
     Kain disidai di rumah sebelah;
Mabuk arak dari semalam,
     Main mabuk bila nak sudah?


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Berdua mendatangkan perbantahan.

Bermaksud :

Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri. (Bandingkan dengan: Berbaur pangkal perceraian).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Berdua-dua berjalan malam, Kain disidai di rumah sebelah; Mabuk arak dari semalam, Main mabuk bila nak sudah?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bi Semat di kepala tangga, Cubalah juak menabur padi; Beri alamat kepada kamek berdua, Dapatlah kamek berdua menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bulan terang menembak camar, Camar ditembak celah batu; Budak berdua memang dilamar, Tidaklah adik abang malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak rusa jatuh telaga, Berilah makan si batang keladi; Saya berdua atau bertiga, Lainlah orang jangan peduli.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak sapi berkepala dua, Ditimbun raja tepi telaga; Buah hati abang berdua, Hendak dipilih sama serupa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah padi selasih dulang, Saya menumpang menabur lada; Buah hati kekasih orang, Kami berdua berpandangan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Api apa di Tanjung Jambu? Api Pak Jenal di hujung perahu; Anak siapa berdua itu? Sahaja kenal nama tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cekur manis separuh hidup, Masaklah kari berganti-ganti; Jangan ditangis cerai hidup, Lepas seorang berdua ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bergelang batu berantai dua, Mana yang rantai mana yang tidak; Mana satu kekasih kitak berdua, Mana dikasih mana yang tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas