Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.du.ri] | بردوري

Definisi : mempunyai duri: kawat ~ kawat berpintal yg diberi berduri drpd kawat yg tajam-tajam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.du.ri] | بردوري

Definisi : ada durinya; mempunyai duri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berduri

Puisi
 

Terlepas talang berduri,
     Batang kandar di balik lombong;
Hari panas helang berbunyi,
     Badan terkenang mandeh kandung.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Duduk di ambung-ambung taji.

Bermaksud :

Selalu dalam kekhuatiran. ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Petang-petang tanam mengkuang, Nanti berduri tak akan berduri; Petang-petang duk tengok abang, Nanti mari tidak mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ke sana bukit sayang, ke sini bukit, Tengah-tengah berduri sayang, pokok berduri; Ke sana sakit sayang, ke sini sakit, Ke mana tempat diri, kubawa diri.Pantun Melayu SarawakBergendang
Buah durian berduri-duri, Bila masak tentulah gugur; Sudah berbulan kunanti-nanti, Adik mengelak hatiku hancur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Terlepas talang berduri, Batang kandar di balik lombong; Hari panas helang berbunyi, Badan terkenang mandeh kandung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah nangka kulit berduri, Sudah masak rasanya manis; Patah cinta·sakitlah hati, Mata bengkak kerana menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kaluk paku kaluk berduri, Duri mencabik-baik baju; Elok baju orang tak iri, Iri menengok baik laku.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Limau manis batang berduri, Batang selasih dalam dulang; Mulut manis kerana budi, Hati kasih kerana sayang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Lagi berbuah lagi berduri, Itulah nama asam paya; Lagi bertuah lagi berbudi, Itulah nama orang kaya.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Nanas serumpun tidak berduri, Rasanya manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Nanas serumpun tidak berduri, Buah manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
123456

Kembali ke atas