Berebut beruk merendam labu, Kancil marah buntal bersorak; Terkentut datuk dalam kelambu, Katil patah bantal berselerak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Berebut beruk lari ke padang, Lari dikejar si ular sawah; Takut menengok bini meradang, Kaki gementar celana pun basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Biarlah orang mencabut benta, Kita mencabut tugal di darat; Biarlah orang berebut harta, Kita berebut amal ibadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah angsa berebut terbang, Membumbun gangsa menuju lopak; Banyaklah jasa disebut orang, Agunglah jasa ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak beruk berebut kuntum, Ditampar musang lari meraung; Awak gemuk ketum berdentum, Gemparlah orang seisi kampung.. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Biarkan orang berebut buah, Kita menjaga buah kemiri; Biarkan orang berebut tuah, Kita menjaga tuah sendiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyak sudah orang berburu, Berebut mencari rusa bertuah; Banyak sudah abang bercumbu, Lembutlah gigi dari lidah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hiruk-pikuk orang berbantah, Berebut badik sambil bertengkar; Terbongkok-bongkok abang menyembah, Patutkah adik bermain kasar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hiruk-pikuk kucing di dapur, Berebut panggang dengan tikus; Awaklah bongkok mata pun kabur, Berlaki bujang cepatlah mampus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tanjung Datuk redan berbuah, Orang berebut membawa bekas; Untungku elok badan bertuah, Gayung bersambut cinta berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |