Tengah hari bawa berehat, Sudah makan bekerja lagi; Rendah hati tanda beribadat, Bertuah badan ke mana pergi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Petang-petang pergi menebas, Singgah berehat di pohon jati; Kanda kupandang sekali imbas, Inilah buat penghibur hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baik sungguh orang berladang, Dapat padi senang berehat; Adik jauh kukenang-kenang, Ingatlah janji yang kita ikat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak selasar menjadi bilik, Tiada lagi tempat berehat; Sejak kudengar nyanyian adik, Cinta di hati bertambah lekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau duduk di atas kerusi, Sambil duduk berehat-rehat; Jangan dibawa perangai besi, Makin lama makin berkarat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |