Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.re.mas]/[ber.e.mas] | برامس

Definisi : 1. memakai emas; 2. mempunyai emas: segala orang yg ~, bagaimana sekali-pun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai; 3. ki berharta, berwang: kalau ada ~, hidup, tiada ~, mati prb kalau ada pencarian yg tetap akan senanglah kehidupan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.re.mas]/[ber.e.mas] | برامس

Definisi : 1 memakai (mempunyai) emas. 2 berharta benda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beremas

Puisi
 

Orang kaya beremas sutera,
     Lipatan kusut dari Siam;
Baik percaya angin utara,
     Ribut sampai dalam diam.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau ada beremas,
     hidup;
tiada beremas,
     mati.

Bermaksud :

Akan senanglah hidup seseorang kalau ada pencariannya yang tetap.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Sudah beremas beremas pula, Emas sekupang dalam cerana; Sudah bermaaf bermaaf pula, Maaf seorang maaf semua.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tidak beremas bungkal diasah, Tidak berkayu tangga ditakik; Adat lepas akal menyalah, Umat berseteru dunia terbalik.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang kaya beremas sutera, Lipatan kusut dari Siam; Baik percaya angin utara, Ribut sampai dalam diam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Adat diisi lembaga dituang, Tidak beremas bungkal diasah; Kuat negeri kerana undang, Adat lepas akal menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas