Hendak berembun pergi ke pulau, Datang ke pulau pergi ke tanjung; Lagilah hidup kita bergurau, Sudahlah mati bergolek seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jangan cemas laut berembun, Sampan ada pada kita; Jangan cemas ributkan turun, Pedoman ada pada kita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sudah mandi lalu berembun, Mandi mari pagi hari; Bukan salah orang berkebun, Kerana ladang tumbuhan tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Putik nanas dalam kebun, Ambil sebiji letak di tepi; Siang berpanas malam berembun, Tuan tidak ambil peduli. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Orang berdedai menjala hiu, Ikan mengganas sepanjang tahun; Abang bagaikan kelana lalu, Siang berpanas malam berembun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Selagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Dua belas dayung petani, Bertanam nanas dalam kebun; Tidakkah belas pandangkan kami, Siang berpanas malam berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Lima belas dayung petani, Pisang emas masak di kebun; Tuanlah belas memandang kami, Siang nan panas malam berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Dua belas gunung bertani, Tanam nanas di dalam kebun; Tuan tak belaskah dagang kami, Siang berpanas malam berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Dua belas dayung ke Jambi, Putik nanas di dalam kebun; Adik tak belas memandang kami, Siang berpanas malam berembun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |