Berempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Ada berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Tuan kayuh orang berempat, Tuan menuju ke rumah raja; Kalau sampai di Batu Pahat, Macam menitik air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Orang Padang lalu berempat, Kok koyak tepi kainnya; Nan hilang tidakkan dapat, Cari nan lain kan gantinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ikat pagar orang berempat, Ikan sepat dalam padi; Kehendak belajar kalau dapat, Alangkah suka dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang Padang lalu berempat, Di balik pohon kenanga; Sudah hilang di mana nak dapat, Ambil kertas lukiskan nama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Padang lalu berempat, Rama-rama tepi kainnya; Hilang yang itu jarang dapat, Cara lain manakan sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Padang jalan berempat, Cubit-cubit di tepi kain; Sudah hilang di mana dapat, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hilanglah nila pembantu puan, Sayang berempat buah pedada; Adakah hilang kasihmu tuan? Burung terbang dipipis lada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil perpat buatkan titi, Ambil kapak belahkan kundur; Berempat engkau menanti, Setapak haram aku tak undur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |