Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, me­nembak, ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.re.nang] | برنڠ

Definisi : 1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berenang

Puisi
 

Anaklah tikus mati berenang,
     Mati berenang dalam perahu;
Kasihlah putus hati mengenang,
     Di dalam hati siapakan tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Hendak belajar berenang dapatkan itik,
     hendak belajar memanjat dapatkan tupai.

Bermaksud :

Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.

 

Lihat selanjutnya...(16)

572

Don't teach your grandmother to suck eggs

Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita

Tak usah itik diajar berenang

''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested.

''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Tak usah itik diajar berenang. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Mudik berenang hilir berenang, Hanyut sampai ke Tanjung Jati; Budi pun kenang rupa pun kenang, Tuanlah pandai mengambil hati.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Anaklah tikus mati berenang, Mati berenang dalam perahu; Kasihlah putus hati mengenang, Di dalam hati siapakan tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak tikus matilah berenang, Mati berenang dalam perahu; Manalah orang juak dikenang, Orang dikenang tiada tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak tikus mandi berenang, Mandi berenang dalam perahu; Rasa putus hati mengenang, Tuan dikenang tidak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berenang ada berjemur tidak, Orang berjimat mandi di kali; Berpandang ada bertegur tidak, Rasa kiamat di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau berenang serati di paya, Berenang pula serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Biarkan orang berenang-renang, Kita berenang di dalam basah; Biarkan orang bersenang-senang, Kita bersenang di dalam susah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak orang berenang-renang, Sudah lupa berjalan darat; Banyak orang bersenang-senang, Sudah lupa jalan akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ikan bawal berenang petang, Beli ikan di tepi dewan; Hendak kucuba di medan perang, Segala musuh hendak ditawan.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Mandi sudah berenang pun sudah, Pergi ke kebun menggali ubi; Bertanya sudah meminang pun sudah, Barulah kita ke rumah tuk kadi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
123456

Kembali ke atas