Mudik berenang hilir berenang, Hanyut sampai ke Tanjung Jati; Budi pun kenang rupa pun kenang, Tuanlah pandai mengambil hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Anaklah tikus mati berenang, Mati berenang dalam perahu; Kasihlah putus hati mengenang, Di dalam hati siapakan tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tikus matilah berenang, Mati berenang dalam perahu; Manalah orang juak dikenang, Orang dikenang tiada tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tikus mandi berenang, Mandi berenang dalam perahu; Rasa putus hati mengenang, Tuan dikenang tidak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berenang ada berjemur tidak, Orang berjimat mandi di kali; Berpandang ada bertegur tidak, Rasa kiamat di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau berenang serati di paya, Berenang pula serati kami; Kalaulah senang hati orang kaya, Yalah senang hati kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarkan orang berenang-renang, Kita berenang di dalam basah; Biarkan orang bersenang-senang, Kita bersenang di dalam susah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyak orang berenang-renang, Sudah lupa berjalan darat; Banyak orang bersenang-senang, Sudah lupa jalan akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ikan bawal berenang petang, Beli ikan di tepi dewan; Hendak kucuba di medan perang, Segala musuh hendak ditawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Mandi sudah berenang pun sudah, Pergi ke kebun menggali ubi; Bertanya sudah meminang pun sudah, Barulah kita ke rumah tuk kadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |