| Belilah kain berenda pekat, Dapat masuk ke nikah kahwin; Hati ingin berkirim surat, Takut ditengok orang lain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Selama dapat tali berenda, Tidak perlu ke pasar lagi; Selama mendapat bini janda, Tidak perlu belajar lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Tikar pandan tepi berenda, Dibawa budak berjalan malam; Biar badanku mati merana, Cintaku ini tidakkan padam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Banyak kain perkara kain, Kain berenda lebar bertekat; Banyak main perkara main, Main muda berlanggar adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |