Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.fa.é.dah] | برفاءيده

Definisi : berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.fa.é.dah] | برفاءيده

Definisi : mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berfaedah

Peribahasa

Meragakan suara kepada si pekak.

Bermaksud :

Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya, b. Apa gunanya merak mengigal di hutan, c. Meragakan pakaian cantik kepada si buta).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Elok anak bertuah ibunya, Tentu bertuah pula ayahnya; Elok akhlak berfaedah ilmunya, Tentu berfaedah pula kerjanya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang bebal suka merengus, Dia bercakap tidak berfaedah; Belum pandai membuang hingus, Sudah hendak bertikam lidah.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas