Adat Melayu pantang bergaduh, Suka bergaduh hatinya busuk; Jahatlah laku orang bermusuh, Suka bermusuh kepalanya pesuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tabiat Melayu suka mengalah, Supaya hidup tidak bergaduh; Sepakat Melayu membawa berakah, Selama hidup nampak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang berkayuh dahulu sampai, Yang bergalah tiba kemudian; Orang bergaduh perlu dilerai, Orang mengalah kite muliakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Baru sekali pergi ke kota, Datang ke kota bunyi bergaduh; Baru sekali saya berkata, Hendak peduli kakanda jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Semak halaman berpagar buluh, Tanam kundur ulam pegaga; Emak bapa asyik bergaduh, Anak tidur asyik terjaga. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apabila hari sudah subuh, Dirikan solat dengan segera; Apabila laki suka bergaduh, Memberi ingat jangan mencerca. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kata tua kata peneduh, Peneduh nafsu angkara murka; Hina bangsa gila bergaduh, Gaduh itu pangkal celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat hidup senonoh, Pemimpin adil rakyat sejahtera; Rosak adat hidup bergaduh, Pemimpin degil rakyat derhaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mengapa lalang banyak tumbuh, Kerana tidak berladang padi; Mengapa banyak orang bergaduh, Kerana tidak mengenang budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jika dayung tidak kuat, Dibuat pengayuh pastilah patah; Jika kampung tidak beradat, Umat bergaduh dilaknati Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |