Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.lah] | برݢاله

Definisi : menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.lah] | برݢاله

Definisi : 1 mempunyai atau ada galah: Saya tidak ~ utk menjolok buah itu. 2 menggunakan galah; menggerakkan atau menjalankan sesuatu dgn galah: Baginda telah lari ke hulu negeri dgn ~ rakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergalah

Puisi
 

Laksamana mudik beredap,
     Bergalah sahaja perahunya tidak;
Laksana bunga dedap,
     Merah sahaja berbaunya tidak.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Segan bergalah,
     hanyut serantau.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Malu makan, perut lapar).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Cik Dollah mudik bergalah, Hendak mencari si batang gaharu; Duduk salah berdiri pun salah, Nasi kutelan rasa hempedu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Awa-awa kena belatik, Sayang Cik Cepa mudik bergalah; Buat pura dua beradik, Barang siapa menjadikan salah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas