Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.ti] | برݢنتي

Definisi : bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.ti] | برݢنتي

Definisi : 1 berubah menjadi lain; bertukar kpd yg lain: Cuaca yg terang ~ kelam. 2 bertukar dgn yg lain: Bajunya yg bertampal-tampal itu tidak pernah ~. ~ nama berubah namanya. ~ tikar berkahwin dgn kakak atau dgn adik isteri yg telah meninggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berganti

Puisi
 

Pecah takar berganti takar,
     Tempat minum si burung nuri;
Bisa ular tidakkan tawar,
     Walau menyorok di akar berduri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Habis kapak berganti beliung.

Bermaksud :

Sangat rajin bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Pantun

PantunSumberTema
Adapun hari berganti bulan, Bulan beralih berganti tahun; Apabila hati bersendi iman, Beramal soleh mengaji tekun.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pecah takar berganti takar, Tempat minum si burung nuri; Bisa ular tidakkan tawar, Walau menyorok di akar berduri.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Lembu lari berganti-ganti, Matahari terbit di Tanah Jawa; Kalau abang bersungguh hati, Mati hidup kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hilang upih berganti mayang, Sama banyak membawa faedah; Hilang kasih berganti sayang, Cintaku tidak pernah berubah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang mengail umpan keridik, Habis umpan berganti daun; Orang bermain sesama cerdik, Habis bulan berganti tahun.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Gelak tertawa ganti-berganti, Sehari penuh tiada penat; Membuka mata menerangi hati, Menjadi suluh dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Luputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kalau tidak menukar baju, Cuba saja berganti kain; Kalau tidak sabar menunggu, Carilah saja kekasih lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Serampang laut nama lagunya, Lawan menyanyi berganti-ganti; Kemaskan kemudi dengan sempurna, Tak karam diharung sampai ke tepi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Layang-layang bertali benang, Putus benang berganti tali; Siang malam duduk mengenang, Orang dikenang jauh sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345

Kembali ke atas