Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.ya] | برݢاي

Definisi : 1. menunjukkan kesajakan, (keang­gunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.ya] | برݢاي

Definisi : 1 kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2 menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3 ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaya


Pantun

PantunSumberTema
Anak dara pandai bergaya, Kain sempit berbelah dada; Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Berbaju kurung fesyen terkemuka, Tambah cantik tambah bergaya; Jangan murung jangan berduka, Usaha ikhlas pasti berjaya.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas