Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.gar] | برݢݢر

Definisi : bergoyang, bergoncang: rumah itu pun ~ akibat letupan bom; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.gar] | برݢݢر

Definisi : 1 bergerak ke atas ke bawah atau ke depan ke belakang dgn cepat dan kuat; bergoncang: Ketika gempa yg hebat itu berlaku, rumah saya ~ juga. 2 bergemuruh dan bergetar: Bunyi tembakan meriam itu ~ jauh-jauh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergegar

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Makan isi kulit melayang;
Kalau terpandang aurat Si Dayang,
     Punggung bergegar jantung bergoyang.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Bunyi pagar dipaut jentera, Tumbang sebatang pokok kapas; Bumi bergegar laut bergelora, Insan lemas tidak bernafas.Pantun Melayu SarawakAgama
Tetak buluh dibuat pagar, Mari diikat dengan rotan; Gunung runtuh bumi bergegar, Gempa tidak kiamat pun bukan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang-sayang buah kepayang, Makan isi kulit melayang; Kalau terpandang aurat Si Dayang, Punggung bergegar jantung bergoyang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas