Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergelang

Puisi
 

Bergelang batu berantai dua,
     Mana yang rantai mana yang tidak;
Mana satu kekasih kitak berdua,
     Mana dikasih mana yang tidak.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Bergelang batu berantai dua, Mana yang rantai mana yang tidak; Mana satu kekasih kitak berdua, Mana dikasih mana yang tidak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah orang bergelang tangan, Saya seorang bergelang kaki; Banyaklah orang mengata senang, Saya seorang susah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau bergelang jangan patah, Kalau patah dalam perahu; Hati adik tidak berbelah, Orang tidak mahu manalah tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa sebab bergelang paun, Bambawaran gelang di kaki; Apa sebab ku teraun-raun, Pembawaan sudahlah di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berburu ke Padang Datar, Dapat rusa bergelang kaki; Berguru kepalang ajar, Macam bunga kembang tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hari Ahad minggu Belanda, Kapitan Cina bergelang kaki; Cuba ditanya pengubat lama, Bolehkah tidak kembali lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Api-api tembaga dusun, Anak Perlin bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terjelir si ekor mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Api-api berpagar dusun, Anak Keling bergelang suasa; Bukan mati kerana racun, Mati kerana tidak kenal biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terkelip-kelip api di dusun, Anak Cina bergelang kaca; Bukan mati kerana racun, Mati terpanah di ekor mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kelip-kelip pergi ke dusun, Anak keling bergelang kaca; Kalau tak mati kerana racun, Yang manis kuambil juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas