Sungguh gagah bergigi utuh, Mengunyah tulang tidak bererti; Sungguh tabah hati si lumpuh, Dilapah orang tidakkan lari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hitamlah hitam bergigi emas, Duduklah dia pandai berlawa; Sajalah hitam dipeluk kemas, Seperti memeluk intan gemala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ada perigi sarang penyengat, Budak berlari tungang-langgang; Tiada bergigi teringin sangat, Hendak makan ayam panggang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sejak limau menjadi kedondong, Banyaklah puding dimakan ulat; Sejak harimau bergigi ompong, Banyaklah kambing melawan bersilat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Selama tidak berperigi lagi, Punai merbah tercari-cari; Selama tidak bergigi lagi, Petai dikunyah pandai menari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayangnya cawan berisi pindang, Hendak minum menjadi susah; Sayangnya tuan bergigi panjang, Hendak mencium pipi berdarah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada malangnya menjadi kembang, Bila harum mencarinya banyak; Ada malangnya bergigi jongang, Bila mencium gigi yang jejak. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada untungnya mencari kerang, Walaupun basah gembira juga; Ada untungnya bergigi jongang, Walaupun marah tertawa juga. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |