| Supaya rumah tidak bergoyang, Diberi tiang kecik dan besar; Supaya langkah tiada menyilang, Hati lapang adil dan benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Buluh perindu nama diberi, Ditiup angin bergoyang-goyang; Hatiku rindu tiada terperi, Kerana adinda lama tak datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sekali pergi ke laut, Tidak ribut layar bergoyang; Sekali hati ini terpaut, Tidak takut nyawa melayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Untuk tumpuan batang gelegar, Supaya rumah tiada bergoyang; Untuk menentukan salah dan benar, Supaya langkah tiada menyilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sama-sama mandi ke laut, Mandi ke laut bergoyang pasu; Alang-alang mati berebut, Sama-sama berundur nafsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Anak beruk menari-nari, Disergah kijang masuk belukar; Awak gemuk tegak menari, Rumah bergoyang orang pun gempar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kain tanjung kain pelikat, Semua sudah dijahit enjin; Bunga berjunjung teguh berikat, Tidak bergoyang ditiup angin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tujuh langkah terbangnya nyamuk, Dihalau hujan pindah melayang; Sungguh gagah orang nan gemuk, Kalau berjalan rumah bergoyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kapal berlabuh nampaknya sayup, Sauh dibongkar layar berkembang; Kalau tak sabit angin bertiup, Masakan kelak pohon bergoyang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Sayang-sayang buah kepayang, Makan isi kulit melayang; Kalau terpandang aurat Si Dayang, Punggung bergegar jantung bergoyang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |