| Buah pedada sambal bergula, Banyak dijual di Jalan Lanang; Dalam jaga rasa nak gila, Adik seorang terkenang-kenang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Sejak ubi diberi bergula, Manis melekat hila disayur; Sejak babi jadi kepala, Habislah umat kena sungkur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Minumlah kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juga; Jikalau sudah hati gila, Jahat dan baik kutolong juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Minum kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juak; Kalau hati bersama cinta, Baiklah baik diikut juak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Hendaklah minum tidak bergula, Pahitlah pahit diminum juga; Sudahlah hati bersama suka, Baiklah baik diikut juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Masak bubur beras secawan, Buah pedada sambal bergula; Dalam tidur terlihat tuan, Dalam jaga rasa nak gila. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Sayang Siantan ke sungai Singapura, Belayar menyusur hari-hari; Lemak santan manis bergula, Di dalam gula racun menari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |