Hendak ke pulau ke pulau saja, Ke pulau jangan berdagang ubi; Hendak bergurau bergurau saja, Gurau jangan mengambil hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jika tuan ke surau, pergi ke surau, Jangan dipetik kenanga, bunga kenanga; Aduhai tuan bergurau, saya bergurau, Saya sudah punya, ada yang punya. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Adat bergurau pantang meracau, Adat berseloroh pantang mengaduh; Adat menghimbau pantang melangkau, Adat menyuruh pantang memelupuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Walau berdagang rugi sedikit; Kami tertawa bergurau juga; Walau bintang tinggi di langit, Sehabis daya kujangkau juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggilah tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Hendak bergurau selama ini, Ada kekasih jauh di selat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sungai Bintangor airnya merah, Tempat budak bercuci kaki; Sebelum bergurau saya berolah, Dari hidup sampai ke mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak ke pulau mencari papan, Papan ada tebing seberang; Hendak bergurau hendak berkawan, Kawan ada kekasih orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tuan boleh hilir ke kuala, Naik rakit tidak berperahu; Tuan kata bergurau senda, Hati sakit tuan tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Batu Berendam Batu Kurau, Batu Lesung Batu Rakit; Rindu dendam bawa bergurau, Bawa termenung jadi penyakit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau menangkap ikan kurau, Rentang jaring hingga ke seberang; Adat hidup sahabat bergurau, Sudah mati terbaring seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |