Adat berguru sampai-sampai, Adat mengaji sehingga khatam; Adat Melayu sama dipakai, Adat berinti akidah Islam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sayang berderak pandai berguru, Sayang selasih terbuang layu; Mujur saya baru berguru, Kalau tidak terbuang lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bila orang duduk berguru, Walaupun senja tidak terasa; Apabila abang dimabuk rindu, Hamba pun gila dimabuk cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berburu ke Padang Datar, Dapat rusa bergelang kaki; Berguru kepalang ajar, Macam bunga kembang tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bila berburu mengejar rusa, Pakai senjata ataupun jerat; Bila berguru besar kepala, Sampai tua takkan mendapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila berburu tidak beranjing, Tentulah sulit mendapat rusa; Bila berguru tidak dibimbing, llmu sedikit manfaat tak ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ambillah kayu buatlah rumah, Rumah siap dapat berteduh; Sambil berguru ingat petuah, Petuah ingat sifat senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Taat Melayu memegang cakap, Pantang sekali menjilat ludah; Adat berguru memegang kitab, Petang pagi rahmat bertambah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat Melayu kepada sumpah, Bila ingkar dimakan kutuk; Adat berguru pantang menyerah, Bila terlantar jangan mengaruk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang berburu ke padang datar, Dapat rusa bertanduk runcing; Sedang berguru orang melamar, Lambat nikah perutlah bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |