Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ha.ri] | برهاري

Definisi : ; ~ minggu bersenang-senang pd hari minggu; ~ raya merayakan Hari Raya dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berhari

Puisi
 

Pergi ke dusun berhari-harian,
     Tanah baru hendak dibuka;
Macam timun dengan durian,
     Menggelek luka digelek pun luka.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Benang ditenun berhari-hari, Lambat-laun menjadi kain; Abang melamun gila menanti, Adiklah kahwin ke orang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Biarlah orang berhari raya Kita pergi merambah dahan; Biarlah orang mencari kaya, Kita mencari redanya Tuhan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Janganlah kesal berhari-hari, Bertimbal turun ke mata; Barang salah menyusun jari, Junjung dengan tutur kata.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pergi ke dusun berhari-harian, Tanah baru hendak dibuka; Macam timun dengan durian, Menggelek luka digelek pun luka.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau jadi katakan padi, Jangan ditampi berhari-hari, Kalau tak sudi kata tak sudi, Jangan menyusah diri sendiri.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hai berkayuh ke Sungai Panjang, Di sana urusan berhari-hari; Minta doa umur panjang, Kalau berjumpa terkenang lagi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Pokok jelatang daun berduri, Kalau disentuh rasanya bisa; Hamba berjalan berhari-hari, Orang dicari tidak berjumpa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas