Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.har.ta] | برهرتا

Definisi : mempunyai harta, kaya, berada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.har.ta] | برهرتا

Definisi : mempunyai harta; berada; kaya: Dia hidup senang sebab dia orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
harta (kata nama)
Bersinonim dengan wang ringgit, harta benda, kebendaan, kekayaan, kemewahan, pusaka;,
Kata Terbitan : berharta,

Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Walaupun hari gelap-gelita, Perahu terus juga merapat; Walaupun kami tidak berharta, Cintaku tulus dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cawan bukan tembikar tidak, Di manakan mau orang memandang; Bangsawan bukan berharta tidak, Di manakan mahu abang meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana titi takkan dialih Tiang patah lantainya rosak; Bagaimana hati tidakkan pedih, Abang berharta suka- berlagak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang berumur kamek jeramek, Saja dinding beri belanja; Apa dicemas kepada kamek, Hidup miskin kurang berharta.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas