Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan, bekerja, dll) lagi, tidak meneruskan lagi: enjin kereta itu sudah ~; di hujung jalan itu mereka ~; kereta api ini tidak ~ di Segamat; ia sudah ~ bersekolah; 2. berakhir, habis, tamat: hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang; orang kehilangan pun tiada ~ lagi; 3. meletakkan jawatan (pekerjaan dll), tidak menjadi ahli (pelanggan dll) lagi: dia ~ kerana ingin bertanding dlm pilihan raya umum; 4. berehat, melepaskan lelah: jika tuan hamba lelah ~ dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hen.ti] | برهنتي

Definisi : 1 tidak bergerak atau tidak berjalan lagi (bkn enjin kereta dll); tidak meneruskan lagi: Bas itu ~ di hadapan rumahnya. Anaknya yg tua sudah ~ sekolah. 2 berakhir; habis; tamat: Hujan sudah ~, kita boleh pulang sekarang. 3 meletakkan jawatan atau pekerjaan; tidak menjadi ahli kesatuan dll: Dia ~ kerana dia hendak melanjutkan pelajarannya di luar negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,

Puisi
 

Ulak- ulak perahu Kuraman,
     Pulau Burung tempat berhenti;
Apa penjolok bunga di taman,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Sudah mengilang membajak pula.

Bermaksud :

Tak berhenti-hentinya bekerja; menderita kesusahan yang tak habis-habis. mengilang = menggilang tebu untuk diambil airnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

PantunSumberTema
Hujan panas berderai, embun berderai, Sayang ketupat inti, berisi inti; Hancur daging berkecai, tulang berkecai, Belum dapat berhenti, belum berhenti.Pantun Melayu SarawakBergendang
Adat berhenti di tempat teduh, Bila tak teduh tentu berpanas; Adat mengaji taat dan sungguh, Bila tak sungguh ilmu terlepas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Angin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari buruk berhenti mencari, Hendak berbual tiada pandai; Laki pemabuk bini penjudi, Anak terjual rumah tergadai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pasang surut berhenti dulu, Sudah pasang baru berangkat; Orang patut menghormati guru, Petuah dipegang ilmu diingat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bujang kelana mandi subuh, Dari pagi tidak berhenti; Bagaimana hati tak gundah, Semalam-malam tidak berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ulak- ulak perahu Kuraman, Pulau Burung tempat berhenti; Apa penjolok bunga di taman, Belum dapat belum berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Odak-odak Pulau Kuraman, Tempat burung singgah berhenti; Hendak dijolok bunga di taman, Belumlah dapat belum berhenti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kita hendak berhenti, Kerana di jalan orang curiga; Bagaimana hamba hendak berjanji, Kerana tuan memandang harta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana lagi hendak berhenti Pasanglah naik merendam tebing; Bagaimana kami hendak berjanji, Abang berbalik dalam berunding.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345678

Kembali ke atas