Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hi.tung] | برهيتوڠ

Definisi : 1. membuat kira-kira (spt men­campur, menjumlah, dll), berkira-kira: apa benar sukarnya berniaga, asal pandai mem­beli dan menjual, dan pandai ~ sedikit; ~ kepala mencongak, mengira; 2. Mn meme­rik­sa untung rugi (perniagaan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hi.tung] | برهيتوڠ

Definisi : membuat kira-kira; berkira-kira. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Juga ditemukan dalam:


Pantun

PantunSumberTema
Besar cupak berdasar sukatnya, Salah kira salah berhitung; Besar bengak besar akibatnya, Salah bicara badan terkurung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Zaman bukan sebarang zaman, Zaman kini semua berhitung; Makan bukan sebarang makan, Makan hati dimabuk cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman kini semua berhitung; Makan bukan sebarang makan, Makan hati berulam jantung.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang buah tergantung, Yang putik tergayut; Yang tua berhitung, Yang kecil bergulut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ada malangnya memancung betik, Kena getahnya tentu melekat; Ada malangnya berhitung pesek, Kaca matanya perlu diikat. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau sudah bekerja ladang, Ingat-ingat menanam jagung; Kalau sudah dituakan orang, Hemat-hemat dalam berhitung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tudung saji penutup hidang, Dibawa orang ke hulu kampung; Untung rugi nasib pun malang, Kerana kurang tahu berhitung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas