Burung tuli mandi berhujan, Bolehlah mandi sekali lagi; Orang tua menjunjung uban, Boleh masuk ke medan lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Yang terbakar merasa hangat, Yang berhujan tentulah sejuk; Orang penyabar bawa bersahabat, Orang penyegan perlu dipujuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang berhujan panas; Jauh dekat datanglah bala, Bala datang badan melengas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang berhujan panas; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang tahan melengas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari tahan berhujan; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri dengan amalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buluh perindu di Bukit Siguntang, Sejak dahulu berhujan panas; Tubuhku layu sakit telentang, Kerana cintaku tiada berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Berguna tiang kerana kuat, Tanda kuat tahan berhujan; Berguna orang kerana beradat, Tanda beradat tahan berkorban. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang mahu berhujan; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang mahu berkorban. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila berjalan semakin laju, Badan lemas lemah persendian; Apabila puan ingin bertemu, Berhujan panas hamba nantikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |