Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.lu] | برهولو

Definisi : 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.lu] | برهولو

Definisi : 1 bermula dr (bkn sungai); terbit di: Sungai ini ~ di Gunung Tahan. 2 memakai hulu; ada hulunya; bertangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berhulu

Peribahasa

Laksana mencari sungai yang tiada berhulu.

Bermaksud :

Berpenat lelah dengan sia-sia saja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Sejak badik berhulu gading, Banyaklah orang datang memegang; Sejak adik selalu menjeling, Tergeraklah abang datang meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang nangka putik berhulu. Rebah ke tanah diinjak hadak: Abang menyangka adik menunggu. Rupanya sudah beranak pinak. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pisau peraut diberi berhulu, Hulu pisau berkarangan; Pergi ke laut abang dahulu, Selagi pulau berlarangan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun parang tidak berhulu, Jangan pula disia-siakan; Walaupun orang tidak bermalu, Jangan pula dihina-hinakan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Elok parang kerana berhulu, Hulu longgar cepatlah rosak; Elok orang kerana bermalu, Malu melanggar adat dan syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Parang puting tidak berhulu, Kerananya tidak berguna lagi; Orang merunsing tidak bermalu, Kerananya banyak saudara benci.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tanda parang ada hulunya, Tidak berhulu tidak terpakai; Tanda orang ada malunya, Tidak bermalu rosak perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gagak; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu gilakan talak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gajah; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu jandanya nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu berukir naga; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit malu disindir mentua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas