| Bukit tinggi berhutan lebat, Banyaklah burung diam di sana; Patah hati hidup melarat, Hendak berkunjung malulah muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Sifat kayu berhutan lebat, Di sana tumbuh semak belukar; Adat Melayu imannya kuat, Tiada mengeluh sakit dan lapar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Bukit Jertih berhutan buluh, Tempat raja pergi memburu; Minta selisih malaikat empat puluh, Janganlah saya diberi malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Yang bukit biarlah bukit, Untung bukit berhutan lebar; Orang buncit biarlah buncit, Untung buncit berjalan sabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |