Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.bu] | برايبو

Definisi : , beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.bu] | برايبو

Definisi : 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.bu] | برايبو

Definisi : ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beribu

Puisi
 

Beribu biji nangkaku,
     Cincin permata jatuh ke ruang;
Kalau rindu sebut namaku,
     Air mata jangan dibuang.


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

PantunSumberTema
Beribu-ribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke gaung; Kalaulah rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Apa benda beribu-ribu, Telur penyu banyak di laman; Minta embun turun selalu, Biar kembang bunga di taman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sekali betik berbuah, Beribu belalang tiba; Sekali adik bersumpah, Di situ kubuang nyawa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sekali badik diasah, Beribu nyawa melayang; Sekali adik bersumpah, Di situ hamba berpegang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman purba lamalah sudah. Beribu tahun sudah berlalu; Tangan meraba meleleh ludah, Mahu mencium mentua lalu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dari hulu orang berkayuh, Berjaja itik beribu kati; Dari dahulu abang menjauh, Di manakan adik mahu menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukit runtuh sehari semalam, Kayu terlepas beribu ratus; Sauhnya putus kapal tenggelam, Harapan kami jangan diputus.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dari Acheh perang Belanda, Belanda banyak beribu-ribu; Cerailah kasih kepada kanda, Dindalah jangan mata bankudu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas