Yakin beramai beringat-ingat, Kalau merempai datang sengketa; Kain dipakai berhemat-hemat, Kalau terburai orang berdosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dibilang kata disebut adat, Siapa beradat nama terpuji; Sebarang kerja patut beringat, Siapa ingat kerja menjadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Siapa ingat hari kan petang, Tentulah dia bergegas mandi; Siapa beringat kebaikan orang, Tentulah dia membalas budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |