Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ngin]/[ber.i.ngin] | بريڠين

Definisi : berkehendak (akan), berharap (akan), berhasrat (akan): ~ akan mendapat seorang anak yg pandai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ngin]/[ber.i.ngin] | بريڠين

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok), ara, waringin, Ficus benjamina; 2. = ~ songsang gambar pokok terbalik pd bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ngin]/[ber.i.ngin] | بريڠين

Definisi : nama sj pohon ara yg rimbun, Ficus benjamina. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beringin

Puisi
 

Pokok beringin daunnya hijau,
     Pokok lada ditebas budak;
Hati ingin memandang pulau,
     Biduk ada pengayuh tidak.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Pada sangka pohon beringin,
     kiranya tersandar di punggur lapuk.

Bermaksud :

Pada sangka beristeri (bersuami) orang kaya, kiranya beristeri (bersuami) orang miskin.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Beringin tumbuh di luar pagar, Kompang dipalu bersama teman; Angin lalu udara segar, Tumpang teduh indahnya taman.Pantun Melayu SarawakKasih
Beringin di tepi huma, Daun lebat sebelukar; Ingin hati memetik bunga, Pangkal dililit ular besar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok beringin daunnya hijau, Pokok lada ditebas budak; Hati ingin memandang pulau, Biduk ada pengayuh tidak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pulau Beringin Simpang Renggam, Padi pulut tanahnya lembah; Abang ini sirih digenggam, Mari ikut sampai ke rumah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok beringin di tepi huma, Pucuk melempat ke luar pagar; Hati ingin melihat bunga, Bunga dilingkar ular besar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok beringin berpucuk muda, Tempat camar tumpang meniti; Kerana miskin emas tiada, Tertolak lamar terurailah janji.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah beringin buah bidara, Dari Lukut ke Pulau Pinang; Hati ingin kepada dara, Hati takut hendak meminang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari dahulu Tanjung Beringin, Kini menjadi di Tanjung Seberang; Dari dahulu hatiku ingin, Kini menjadi kekasih orang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bawa balik daun beringin, Mari diletak di atas tangga; Sudah nasib begini badan, Sudah jatuh ditimpa tangga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tinggi pusat tinggi beringin, Tempat menggantung anak dewa; Hendak berpesan dengan angin, Angin tidak pandai berkata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas