Orang berniaga semalam-malaman, Apa jualan pulut berinti; Hidup di dunia buat amalan, Untuk bekalan akhirat nanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Buah nyiur di pucuk mahligai, Anyam ketupat tidak berinti; Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adat berguru sampai-sampai, Adat mengaji sehingga khatam; Adat Melayu sama dipakai, Adat berinti akidah Islam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |