Waktu duduk berjaga-jaga, Banyaklah kain dipakainya; Waktu datuk tergila-gila, Banyaklah datin dicerainya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kelat mata malam berjaga, Baharu nak tidur kelambu baru; Berbau harum bunga cempaka, Belum kusolek sudah berbau. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Induk helang baru bertelur, Berjaga-jaga sepanjang hari; Kutengok abang mahu menegur, Makanya hamba datang ke mari. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan mudah orang berhelat, Tahan berjaga siang dan malam; Bukan mudah memegang adat, Iman di dada berpantang padam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Si pungguk helang karikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh dia unjuk berikan, Pepat di luar rencong di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Helang pungguk helang berikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh unjuk tidak berikan, Pepat di luar rencong di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Apabila bertiup angin badai, Ombak datang harus berjaga; Apabila hidup ingin terpakai, Kepercayaan orang harus dijaga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kuda memakan dedak, Datang balam duduk berjaga; Awak duda gilakan talak, Siang malam mengintai janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apa guna pasang pelita, Kalau tidak dengan sumbunya; Apa guna berjaga mata, Kalau tidak dengan sungguhnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang unta tahan dahaga, Berpacu sehari minum seteguk; Orang tua tahan berjaga, Memangku bini semalam suntuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |