| Pekan Berjaja pekan tertua, Banyak menjual kain kasa; Makan semeja kita berdua, Enak tidak sama dirasa. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Pergi berjaja naik teksi, Pekan Sari hari Selasa; Semua kerja dapat diatasi, Jika muafakat kita sebangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
| Kalau berjaja sirih dan kapur, Tentulah ada gambir dan pinang; Kalau bekerja bersih dan jujur, Tentulah namanya dipuji orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalaulah berjaja pecah belah, Pandai menjaga takkan hilang; Kalau bekerja suka berkelah, Sampailah tua tidakkan senang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau berjaja ikan salai, Bila tak laku tentu berulat; Kalau bekerja suka berlalai, Bila tak malu tentu melarat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau berjaja perak bersepuh, Jangan dikatakan barang asli; Kalau bekerja tak bersungguh, Jangan diharapkan dapat rezeki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau berjaja perak bersepuh, Tidak semahal barang aslinya; Kalau bekerja tidak senonoh, Banyaklah aral datang menimpa. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau berjaja berasa ladang, Barang ke mana banyak pembeli; Kalau bekerja lekas meradang, Sebarang usaha takkan menjadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau berjaja piring mangkuk, Lambat menyusun kena pijak; Kalau bekerja sering merajuk, Lambat-laun ditimpa balak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Kalau berjaja piring mangkuk, Kurang teliti tentulah retak; Kalau bekerja sering merajuk, Orang benci masalah pun banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |