Dang empat berjalan-jalan, Jalan-jalan ke rumah; Air mataku tumpah di jalan, Mengenang badanku terlalu murah. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Berjalan-jalan berdua bertiga, Tepi-tepi kayuh perahu; Lautan dalam dapat diduga, Hati manusia siapa tahu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Bermain-main berjalan-jalan, Naik basikal berkawan-kawan; Mula berdagang kecil-kecilan, Menempah nama jadi jutawan. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Baiklah baik berjalan-jalan, Kalau takut bawalah teman; Alangkah merpati berpasang-pasangan, Mengapa orang tidak berkawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pagi redup kita bertemu, Berjalan-jalan di Kampung Jawa; Selagi hidup carilah ilmu, Tidak menyesal di hari tua. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
Pergi berburu di hutan Tabuan, Dapat seekor burung kedidi; Berjalan-jalan tiada tujuan, Pak Tua melihat makan tak jadi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau berjalan di jalan raya, Pakai sarung kebaya kasa; Kalau berkawan orang kaya, Asyik teringin hendak merasa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bagaimana jalan ke Santubong, Berjalan kaki tengah halaman; Bagaimana cara menangkap burung, Tabur padi di tapak tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Satu dua orang berjalan, Datang hujan terlalu lebat; Dulu kita seiring jalan, Sekarang tuan mahu khianat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Limau manis celah jalan, Masak sebutir makan juput; Hitam manis turun berjalan, Macam padi lepas merumput. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |