Batang rambat berjela-jela, Apatah lagi batang keladi; Sedang terlambat bagaikan gila, Apatah lagi kahwin tak jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rotan akar panjang berjela, Banyak melilit di pokok mati; Hamba jua tergila-gila, Tuan tidak menaruh hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam kurik rambaian tedung, Ekor berjela di dalam padi; Kalau menitik tangan menampung, Marilah kita menyulam janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam bertuah terbang mengapung, Ekor berjela di dalam padi, Diberi kain ditilamkan; Dalam tanah nan tujuh bidang, Adik seorang yang abang pilih, Yang lain abang haramkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Besar kayu kerana uratnya, Urat berjela ke sana sini; Besar Melayu kerana adatnya, Adat setia kepada janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Besar kayu kerana uratnya, Urat berjela ke sana sini; Besar Melayu kerana adatnya, Adat kasih sayang-menyayangi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bagaimana benang takkan kusut, Bila dibiarkan berjela-jela; Bagaimana orang tak merungut, Bila dituakan awak mencela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Selama pasu berantai tali, Banyaklah gelang berjela-jela; Selama si bisu pandai bernyanyi, Banyaklah orang tergila-gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Adat resam kata orang, Kendur berdenting tegang berjela; Adat faham lembaga terang, Umur sebanding dengan lakunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa digulai orangdi ladang, Pucuk kacang jela-berjela; Apakah Tenggang anak dagang, Hari petang jenjang orang hela. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |