Waktu menteri berjual sapi, Hamba rakyat datang menawar; Begitu isteri ditinggal laki, Tibalah umat datang melamar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak Cina berjual terung, Hilang sebiji di tapak tangan; Sudah lama ayam kukurung, Cuba-cuba lepas di laman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Dayak Hulu berjual sirih, Sirih dijual sebalung suang; Lagi dahulu tuan memilih, Sekarang ini duduk seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Cina berjual tauhu, Mari dijual bertempat-tempat; Kalau abang mahu tahu, Adik pergi ke manalah tempat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila ke hulu berjual padi, Ke hilir pula berjual pisang; Apabila selalu berbual keji, Akhirnya kepala dipenggal orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Di jalan raya berjual ragi, Begitu juga keropok tenggiri; Budaya kita dijulang tinggi, Itulah wajah anak Negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Apabila ke hulu berjual padi, Ke hilir pula membawa capal; Apabila terlalu suka menghasut, Akhirnya kepala kena penggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Cukup ramai orang di kampung, Tengok orang berjual kain; Sungguh garang ayam di kampung, Denak di hutan terkamnya lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Padang sudah ke Muar belum, Anak Cina berjual daging; Pandang sudah bertemu belum, Ibarat bunga dalam cermin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Singgah juga di Bandar Miri, Di jalan raya berjual ragi; Kelak dikenang di belakang hari, Budaya kita dijulang tinggi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |