Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ju.di] | برجودي

Definisi : bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~ (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ju.di] | برجودي

Definisi : bermain judi (bermain pakau dll) dgn bertaruhkan wang: Dia jatuh miskin kerana ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjudi

Puisi
 

Laman tempat orang berjudi,
     Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati,
Abang nak bujang selama mana?


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Telah jadi indarus.

Bermaksud :

Kalah berjudi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Berjudi kalah lari ke mana, Lari ke hutan ke celah rimba; Abang nak bujang sampai ke mana, Kalau tak boleh macam adinda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adat Melayu pantang berjudi, Judi sabung membawa laknat; Jahatlah laku membuang kaji, Kaji dibuang binasalah umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Laman tempat orang berjudi, Kalau kalah lari ke mana Kalau tak jumpa teman sejati, Abang nak bujang selama mana?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak helah tipu dan daya, Berjudi tidak menjadi kaya; Minyak sawit di pasaran dunia, Jadi kebanggaan rakyat Malaysia.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Orang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Dua tiga ke ladang mencari, Orang berjudi di dalam puan; Dua tiga boleh kucari, Tidak sama semacam tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kuala Johor jangan diduga, Kuala Pekan orang berjudi; Antara tidur dengan jaga, Terasa tuan datang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Galah terpacak di tengah laman, Laman tempat orang berjudi; Bukan tak hendak mencari teman, Belum dapat teman sejati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sejak pepuyu jadi kerani, Limbat pun banyak jadi pesuruh; Sejak penghulu jadi berjudi, Umat pun banyak mati bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Tengah hari orang ke ladang, Kerja menumbuk menuai padi; Patahlah hati orang memandang, Rajanya mabuk menteri berjudi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas