Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.jum.pa] | برجومڤا

Definisi : (pergi) menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.jum.pa] | برجومڤا

Definisi : 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,

Puisi
 

Berjumpa gajah dua serupa,
     Gajah kecil mati terkepung;
Banyaknya lebih daripada adinda,
     Keningnya lentik bagai berladung.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Beruk berjumpa pisang masak setandan.

Bermaksud :

Orang tamak yang memperoleh keuntungan dengan mudah.

 

Lihat selanjutnya...(4)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Berjumpa gajah dua serupa, Gajah kecil mati terkepung; Banyaknya lebih daripada adinda, Keningnya lentik bagai berladung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mati tanduk si kambing jati, Mati terselit di celah pandan; Baru sekarang berjumpa di hati, Seperti berjumpa muka dan badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak yu dua serupa, Yu berjumpa dengan sembilang; Janji dulu adik tak lupa, Tunggulah sampai adik pulang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila duduk di tengah pasar, Banyak berjumpa sahabat handai; Apabila mulut berkata kasar, Rosaklah nama jahat perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tuan berjalan ke darat-darat, Mari berjumpa Abang Ismail; Bukan burung dapat dijerat, Bukan ikan mati di kail.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Lari ke hutan ke celah rimba, Berjumpa gajah dua serupa; Kalau tak boleh macam adinda, Apa lebihnya kepada saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak yu karang-karang, Mari karang kepala titi; Sudah berjumpa lawan yang garang, Bertentang mata bergoncang hati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Orang datang berduyun kereta, Hendak makan jamuan raja; Boleh berjumpa ayah dan bonda, Di situ boleh abang berkira.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mati terselit di bawah pandan, Pandan berbunga wanginya; Baru berjumpa muka dan badan, Kiranya cincin akan tandanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak menjala jalaku tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak berjumpa hatiku takut, Hati rindu ditahan juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123456

Kembali ke atas