Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ju.rai] | برجوراي

Definisi : 1. mempunyai jalur (bahagian yg berjalur): tegakkan di atas kuburku bendera ~ dua, sejurai hadapkan ke rumah marhum ibuku, sejurai hadapkan ke laut; 2. = berjurai-jurai, terjurai berumbai-rumbai, berjumbai-jumbai: pokok itu diselaputi urat yg ~; 3. = berjurai-jurai, berjuraian jatuh bertitik-titik, berderai-derai (bkn air mata, peluh); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ju.rai] | برجوراي

Definisi : bergantung berumbai-rumbai; berhelai-helai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jurai (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalur: lajur

2. Bersinonim dengan juntai: jumbai, rumbai,

Kata Terbitan : berjurai, berjurai-jurai, berjurai-jurai, berjuraian,

Puisi
 

Apa guna pelita minyak,
     Sumbu kain berjurai-jurai;
Apalah guna harta yang banyak,
     Kalau teringin maksud tak sampai.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Ikat pinggang rambut berjurai, Berjurai elok sulaman asli; Adat dibilang lalu dipakai, Dipakai untuk pegangan diri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berjurai elok sulaman asli, Sama tengah sulaman tekat; Dipakai untuk pegangan diri, Di sanalah tuah akan melekat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Asap api naik berjurai, Terkerat tali di haluan perahu; Hajat hati tak mahu bercerai, Janji tersurat siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna pelita minyak, Sumbu kain berjurai-jurai; Apalah guna harta yang banyak, Kalau teringin maksud tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Awas-awas menyimpai damar, Salah simpai tali berjurai; Awas-awas memakai seluar, Salah pakai pasti terburai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sudah lama berikat pinggang, Ikat pinggang rambu berjurai; Sudah lama adat dibilang, Adat dibilang lalu dipakai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas