Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kain] | برکاءين

Definisi : memakai kain; ~ dua sudah cukup umur atau akil baligh (bkn anak perempuan); (bagai) ~ tiga hasta prb tiada cukup, serba tanggung; ~ tak cukup sebelit pinggang = tak ~ sehelai benang prb sangat miskin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kain] | برکاءين

Definisi : memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berkain

Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Tak berkain sehelai benang.

Bermaksud :

Hidup melarat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Baru saja adik berkain, Adik berkain malam Jumaat; Bukan saya pandai bermain, Saya melangsung orang berhajat.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukan sengaja saya berkain, Saya berkain menutup tubuh; Bukan sengaja saya bermain, Saya bermain bersungguh-sungguh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Biar orang berkain kanji, Kita berkain buatan Daik; Biarlah orang ingin dipuji, Kita ingin berbuat nan baik.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Untuk apa berkain sarung, Kerana susah berkain lepas; Untuk apa bermain serong, Kerana di rumah main tak puas.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau habis kainku ini, Hamba tidak berkain lagi, Kalau berkain kainnya lusuh, Kain sarung hamba sulamkan; Kalau habis main kita ini, Hamba tidak bermain, Kalau bermain di kampung jauh, Sama sekampung hamba haramkan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin menulis banyak dikarang; Berkain bukan sebarang kain, Berkain tipis banyak terbayang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin bertanak masak nasinya; Berkain bukan sebarang kain, Berkain koyak nampak isinya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau berkain pergi mandi, Jangan menyesah di tepian; Kalau bermain tidak jadi, Jangan menyesal kemudian.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau selalu berkain sarung, Lambat-laun duduk tersingkap; Kalau selalu bermain serong, Lambat-laun masuk ke lokap.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu berkain gumbang, Lambat-laun tersingkap juga; Kalau selalu main belakang, Lambat-laun tertangkap juga.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123456

Kembali ke atas